Updates!!!

hee~ maaf seribu kali maaf kerna tk sempat meng-update. oh well.. kata skola da start.. so paham2 sikit iyer.. hahaha.. anyway, kalo tk kerna esok, mmg aku update je esok.. hehe.. tetapi.. bsok adalah 10 Muharram atau paling di kenali sebagai Hari Asyura.

Just to share wif u guy.. bsok muslimin & muslimat di seluruh pelusuk alam di sunnatkn puasa hari asyura kerana disebalek cerita dari Ibn Abbas setibanya nabi Muhammad S.A.W. ke medina, baginda melihat kaum israel berpuasa pada hari asyura. Baginda dapat tahu bahawa kaum israel berpuasa kerna mereka mengingati bagaimana nabi musa a.s. menyelamatkn kaum beliau dari bala tentera fir’aun Dgn demikian, Rasullah menggalakkan umat nye berpuasa pada hari itu


Allah S.W.T bersabda di dlm Al-Quran Surah Al-Shuara dari ayat 60 – 67.

Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit. (60) Sebelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: Sesungguhnya kita akan dapat ditawan. (61) Nabi Musa menjawab: Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemeliharaan dan pertolonganNya), Dia akan menunjuk jalan kepadaku. (62) Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: Pukullah laut itu dengan tongkatmu. (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar. (63) Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ. (64) Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya. (65) Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya). (66) Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) dan (dalam pada itu), kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. (67)

Ada beberape fadhilat jika berpuasa pada hari asyura.. salah satunya adalah sembahyang sunnat empat raka’at. Fadhilat nya Allah s.w.t mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Dengan itu.. jgn luper niat puasa esok..

“Sahaja aku berpuasa ini hari, sunnat hari asyura kerna allah taala”

Insya’allah tuhan menganugerahkan kami dgn ganjaran yg berlipat2 ganda. Amin~

  1. #1 by wåñ‡äñ on Friday, January 18, 2008 - 9:18 pm

    Yeaa (= Jom puasa sama sama esok !! Insya’allah

    Fai`: yep.. jgn luper sunday skali..

  2. #2 by holyimp on Friday, January 18, 2008 - 11:21 pm

    Aik! Macam khutbah Jumaat tadi jer entry ko yang nih.

    Fai`: tu yg ko tk tau.. aku yg kompose skrip tadi.. huhuhuhu~

  3. #3 by eddy.heedayat on Saturday, January 19, 2008 - 4:42 pm

    🙂
    thks for the infor!!!

  4. #4 by Nas B le maurie on Thursday, January 24, 2008 - 12:11 am

    Bila nak nak update pak jud… hmmmph .. :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: